Thursday, 2 January 2014

SAYA SUAMI DIA

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, hampir sebulan saya telah menjadi suami kepada dia. Pertemuan yang baik telah diperkukuhkan lagi dengan ikatan suami isteri. Sungguh bahagia tidak terkata hingga saat ini walaupun berjauhan. Terima kasih awak kerana menerima lamaran saya yang sangat ringkas. "kalau aku nk ke mung, mu nk dok ke aku". Sgt simple dan rgks tanpa bhs yang indah dan berbunga-bungaan. HAsrat hati telah diteruskan lagi dengan perjumpaan bersama keluarga dia. Dan hasilnya amat positif. Betullah orang kata, niat yang baik, tak perlu tangguh-tangguh nanti banyak syaitan menghasut itu dan ini.

Sebelum ini saya hanya mengenalinya sekadar kawan di sekolah lama yang tidak perah bertegur sapa pun. hinggalah kami ke ipt dan hingga ke alam pekerjaan. Hasil dari hubungan "friend" di facebook, maka terlintas saya untuk menjadikannya sebagai isteri. Dengan sedikit risikan dari 'spy' dan hasilnya dalam hati saya, boleh buat bini ni. Jadi tanpa buang masa, sy terus sampaikan hajat kepadanya. Begitulah serba ringkas bagaimana saya boleh menjadikkannya sebagai isteri saya.

Setahun setelah menyampaikan hasrat, kami terus melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis yang ringkas tetapi sangat indah. Walaupun dibimbangi hujan yang mencurah-curah, namun dengan pertolongan dari yang maha kuasa, pada 3 hari majlis kami, hujan tidak turun dan membolehkan majlis akad dan kenduri di kedua-dua belah berjalan dengan lancar.

Ramai tetamu yang hadir yang dekat mahupun jauh. Cukuplah dulu.

No comments:

Post a Comment